Tuesday, September 18, 2012

Thursday, April 19, 2012

Pelajar semua, PTM akan menganjurkan satu bengkel khas Matematik buat pelajar PMR. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Cikgu Saliza yang sudah berpengalaman luas dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi PMR dalam subjek ini.

Bengkel ini dijalankan selama 8 jam dalam tempoh 4 hari (SILA RUJUK JADUAL). Ada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dihadkan untuk 50 pelajar agar suasana pembelajaran lebih efektif dan selesa.

Untuk tempoh bengkel berguna selama 8 jam ini kos RM30 dikenakan.

Sesiapa yang berminat sila membuat pendaftaran segera atau hubungi 03-21483314 untuk maklumat lanjut.

Saturday, March 10, 2012

KELAS TAMBAHAN MUSIM CUTI SEKOLAH PERCUMA 2012


Pelajar semua,

PTM telah membuat jadual khas untuk kelas tambahan PMR 2012 cuti sekolah ini. Subjek yang terlibat ialah BM, BI, Geografi, Sains dan Matematik.

Semua kelas ini dijalankan secara percuma kepada pelajar PTM.

Aktiviti ini juga boleh menjadikan musim cuti pelajar dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.

Sila lihat jadual di sini.

ceria

Sunday, February 19, 2012

Program BANTU KOMUNITI SEKOLAH


Pelajar semua,

PTM sedang menganjurkan satu program yang dikenali BANTU KOMUNITI SEKOLAH. Dalam program ini setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar lima pelajar yang cemerlang atau aktif dalam sukan dan lima pelajar yang mempunyai ibu bapa yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Semua pelajar ini akan menerima pendidikan di PTM secara percuma sepanjang tahun.

Program dibuat kerana PTM berasa bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang baik kepada semua lapisan masyarakat dan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa serta pelajar yang selama ini menaruh kepercayaan terhadap PTM dalam mencapai kejayaan akademik mereka itu.

Pihak sekolah boleh menghubungi Encik Martin atau Cik Saliza untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini.

Sunday, February 12, 2012

Kelas Tambahan Matematik PMR PERCUMA 2012


Pelajar semua,

PMR semakin hampir, lalu PTM menganjurkan kelas tambahan matematik untuk memastikan pelajar memahami semua aspek soalan yang bakal disoal dalam PMR kelak.

Kelas ini akan dijalankan oleh guru kami yang berpengalaman luas dalam cara menjawab soalan peperiksaan. Malah, kelas ini diadakan secara percuma sebagai tanda PTM menghargai kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap PTM sejak dahulu lagi.

Namun, atas sambutan yang begitu baik, pelajar perlulah mendapatkan pas masuk terlebih dahulu sebelum memasuki kelas ini.

Sila rujuk kaunter pertanyaan untuk mendapatkan jadual masa yang tepat untuk kelas ini kerana ada dua kelas diadakan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Ceria

Tuesday, January 17, 2012

Pengumuman Cuti Tahun Baru Cina 2012

Pelajar semua

PTM mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelajar yang meraikannya.

Untuk memudahkan pelajar terbabit menyambut perayaan ini, PTM akan ditutup mulai 22 Januari hingga 27 Januari 2012.

Ini bermakna kelas di PTM akan bermula pada 28 Januari yakni hari Sabtu.

Harap jelas dan jika ada pertanyaan sila hubungi kami segera.

Ceria

SUDAH DAFTAR TUISYEN?