Thursday, September 20, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Thursday, September 6, 2012
Thursday, April 19, 2012
Pelajar semua, PTM akan menganjurkan satu bengkel khas Matematik buat pelajar PMR. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Cikgu Saliza yang sudah berpengalaman luas dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi PMR dalam subjek ini.
Bengkel ini dijalankan selama 8 jam dalam tempoh 4 hari (SILA RUJUK JADUAL). Ada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dihadkan untuk 50 pelajar agar suasana pembelajaran lebih efektif dan selesa.
Untuk tempoh bengkel berguna selama 8 jam ini kos RM30 dikenakan.
Sesiapa yang berminat sila membuat pendaftaran segera atau hubungi 03-21483314 untuk maklumat lanjut.
Saturday, March 10, 2012
KELAS TAMBAHAN MUSIM CUTI SEKOLAH PERCUMA 2012

Pelajar semua,
PTM telah membuat jadual khas untuk kelas tambahan PMR 2012 cuti sekolah ini. Subjek yang terlibat ialah BM, BI, Geografi, Sains dan Matematik.
Semua kelas ini dijalankan secara percuma kepada pelajar PTM.
Aktiviti ini juga boleh menjadikan musim cuti pelajar dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.
Sila lihat jadual di sini.
ceria
Sunday, February 19, 2012
Program BANTU KOMUNITI SEKOLAH

Pelajar semua,
PTM sedang menganjurkan satu program yang dikenali BANTU KOMUNITI SEKOLAH. Dalam program ini setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar lima pelajar yang cemerlang atau aktif dalam sukan dan lima pelajar yang mempunyai ibu bapa yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Semua pelajar ini akan menerima pendidikan di PTM secara percuma sepanjang tahun.
Program dibuat kerana PTM berasa bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang baik kepada semua lapisan masyarakat dan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa serta pelajar yang selama ini menaruh kepercayaan terhadap PTM dalam mencapai kejayaan akademik mereka itu.
Pihak sekolah boleh menghubungi Encik Martin atau Cik Saliza untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


