Sunday, February 19, 2012

Program BANTU KOMUNITI SEKOLAH


Pelajar semua,

PTM sedang menganjurkan satu program yang dikenali BANTU KOMUNITI SEKOLAH. Dalam program ini setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar lima pelajar yang cemerlang atau aktif dalam sukan dan lima pelajar yang mempunyai ibu bapa yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Semua pelajar ini akan menerima pendidikan di PTM secara percuma sepanjang tahun.

Program dibuat kerana PTM berasa bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang baik kepada semua lapisan masyarakat dan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa serta pelajar yang selama ini menaruh kepercayaan terhadap PTM dalam mencapai kejayaan akademik mereka itu.

Pihak sekolah boleh menghubungi Encik Martin atau Cik Saliza untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini.

Sunday, February 12, 2012

Kelas Tambahan Matematik PMR PERCUMA 2012


Pelajar semua,

PMR semakin hampir, lalu PTM menganjurkan kelas tambahan matematik untuk memastikan pelajar memahami semua aspek soalan yang bakal disoal dalam PMR kelak.

Kelas ini akan dijalankan oleh guru kami yang berpengalaman luas dalam cara menjawab soalan peperiksaan. Malah, kelas ini diadakan secara percuma sebagai tanda PTM menghargai kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap PTM sejak dahulu lagi.

Namun, atas sambutan yang begitu baik, pelajar perlulah mendapatkan pas masuk terlebih dahulu sebelum memasuki kelas ini.

Sila rujuk kaunter pertanyaan untuk mendapatkan jadual masa yang tepat untuk kelas ini kerana ada dua kelas diadakan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Ceria

Tuesday, January 17, 2012

Pengumuman Cuti Tahun Baru Cina 2012

Pelajar semua

PTM mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelajar yang meraikannya.

Untuk memudahkan pelajar terbabit menyambut perayaan ini, PTM akan ditutup mulai 22 Januari hingga 27 Januari 2012.

Ini bermakna kelas di PTM akan bermula pada 28 Januari yakni hari Sabtu.

Harap jelas dan jika ada pertanyaan sila hubungi kami segera.

Ceria

Sunday, September 18, 2011

Seminar UPSR 2011 Mendapat Sambutan Hangat

Pihak pengurusan PTM berasa gembira atas kepercayaan dan sokongan ibu bapa dan pelajar terhadap Seminar UPSR 2011 yang lalu. Sila lihat gambar yang disertakan dalam penulisan ini.

Hampir 100 orang pelajar UPSR telah menyertai bengkel kami yang diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam UPSR.

Buat ibu bapa dan pelajar yang berminat, kami masih membuka pendaftaran untuk Seminar PMR 2011 dan SPM 2011 serta STPM 2011.

Thursday, July 21, 2011

Seminar Terbaik UPSR dan PMR 2011 Sudah Tiba

Pelajar semua,

Inilah peluang anda untuk membuat persiapan terakhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR 2011.

Harga seminar kami begitu berpatutan berbanding dengan pihak lain yang menganjurkan seminar yang serupa.

Pada masa yang sama, kami sudah dikenali kerana kualiti seminar bersama-sama bahan seminar serta guru yang berpengalaman pula.

ceria

Sunday, June 19, 2011

Bengkel Matematik PMR 2011 Mula Menerima Pendaftaran Pelajar



Pelajar semua,


Cikgu Kung akan menjalankan satu bengkel matematik PMR 2011 pada 10 Julai ini. Bengkel ini berjalan selama 8 jam bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Dalam bengkel ini, beliau akan mendedahkan teknik menjawab soalan matematik yang tepat tetapi pantas.


Bengkel beliau ini dijalankan di sebuah dewan kuliah pusat pengajian swasta di Bukit Jalil. Kos untuk menghadiri bengkel ini hanya RM40 yang meliputi bahan bengkel, makan tengah hari, minum petang, dan pengangkutan bas dari Pudu ke Bukit Jalil.


Pelajar yang berminat sila hubungi 03-2148 3314 untuk maklumat lanjut.

Thursday, June 2, 2011

ENGLISH WORKSHOP

FORM 4 & FORM 5

(MR.MATTHEW)

DATE
7 JUNE 2011(TUESDAY) & 8 JUNE 2011 (WEDNESDAY)


TIME
11.30AM-1.30PM

FEES
RM20

SUDAH DAFTAR TUISYEN?